UiTM


Sejarah Universiti Teknologi MARA bermula sebagai Dewan Latihan RIDA yang beroperasi mulai November 1956 di Petaling Jaya, Selangor. Dewan Latihan ini ditubuhkan bertujuan sebagai pusat percubaan menawarkan kursus persediaan untuk remaja luar bandar aliran Inggeris. RIDA yang merupakan kependekan Rural and Industrial Development Authority, dibentuk pada tahun 1950 untuk membantu menaik taraf ekonomi penduduk bumiputera. Dewan Latehan ini merupakan inspirasi Dato' Onn bin Ja'afar, hasil dari lawatannya ke Ceylon (sekarang Sri Lanka), pada tahun 1951.

Tidak lama kemudian, iaitu pada bulan Jun 1965, Dewan Latehan RIDA diletakkan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA), dan namanya ditukar kepada Maktab MARA. Maktab ini terus berkembang hingga menjadi unit terpenting dalam Bahagian Latihan MARA, hinggalah pada 14 Oktober 1967, Maktab MARA ini mendapat nama baru Institut Teknologi MARA (ITM).

Seterusnya pada tahun 1996, ITM telah dinaik taraf menjadi sebuah universiti. Namun begitu, namanya tidak ditukar hinggalah pada 26 Ogos 1999, Institut Teknologi MARA dengan rasminya dinamakan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

UiTM mempunyai 2 buah lagu iaitu "UiTM Di Hatiku" dan "Wawasan Setia Warga UiTM".

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Sejarah Bandaraya Shah Alam

Bandar raya Shah Alam merupakan ibu negeri Selangor Darul Ehsan. Bandar raya ini terletak di antara Klang dan Petaling Jaya, kira-kira 25 km di barat bandar raya Kuala Lumpur. Jumlah penduduk Shah Alam sehingga Julai 2006 adalah seramai 584 360 orang. Bunga rasminya ialah bunga Anggerik 'Renantanda Shah Alam' dan burung rasminya ialah burung undan. Bandar raya ini juga digelar 'Bandar Raya Anggerik'.

Shah Alam pada suatu ketika dahulu adalah sebuah ladang kelapa sawit dan dikenali sebagai Sungai Renggam. Sungai Renggam mula berkembang apabila British telah membina laluan keretapi dari Port Swettenham (Pelabuhan Klang) ke Bukit Kuda di Klang dan menghubungkannya dengan Kuala Lumpur pada tahun 1886.

Kedudukan Sungai Renggam adalah strategik kerana terletak di antara Port Swettenham, Klang dan Kuala Lumpur dan lokasinya yang berhampiran dengan laluan-laluan utama seperti Lebuhraya Persekutuan dan Jalan Klang Lama. Pembangunannya dilakukan di atas nasihat V. Antolic, Penasihat Perancangan Bandar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Shah Alam dibuka pada tahun 1963 untuk dijadikan pusat pentadbiran Selangor setelah Kuala Lumpur, ibu negeri Selangor pada ketika itu dijadikan Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974. Kebanyakan jabatan-jabatan kerajaan negeri Selangor yang berpusat di Kuala Lumpur berpindah ke Shah Alam. Pada 7 Disember 1978, atas perkenan DYMM Sultan Selangor ketika itu iaitu Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj. Shah Alam diisytiharkan sebagai ibu negeri Selangor yang baharu. Nama 'Shah Alam' sendiri dipilih di atas perkenan baginda.

Shah Alam diletakkan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Shah Alam. Keluasan Shah Alam pada ketika itu adalah 41.69 km persegi. Pada 1 Januari 1997, Shah Alam diperluaskan kepada 290.3 km persegi (Pelan Warta 197).

Ibu negeri Selangor, negeri termaju di Malaysia ini mendapat kenaikan taraf bandar raya pada 10 Oktober 2000. Pengisytiharan ini menjadikan Shah Alam sebagai bandar raya ke-7 di Malaysia. Majlis Perbandaran Shah Alam telah ditukarkan dengan Majlis Bandaraya Shah Alam. Datuk Bandar Shah Alam yang pertama ialah Y.Bhg Dato' Haji Abu Sujak Mahmud.
[sunting] Pengangkutan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kenali Bola Keranjang

Bola keranjang ialah satu sukan di mana dua pasukan yang setiapnya mempunyai 5 pemain berusaha untuk menjaringkan mata antara satu sama lain melalui sebuah keranjang (atau bakul) berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Mata diperolehi dengan melontar bola menerusi keranjang dari atas; dan pasukan yang markahnya lebih banyak apabila tamat permainan dikira pemenang. Lontaran lompat yang biasa dari dalam lengkungan bernilai 2 mata, di luar lengkungan bernilai 3 mata, dan setiap lontaran percuma bernilai 1 mata. Bola bola digerakkan di dalam gelanggan dengan melantunkannya (menggelecek) atau menghantarnya kepada rakan sepasukan. Gangguan sentuhan fizikal (faul) tidak dibenarkan dan terdapat sekatan bagaimana bola bola dikawal (pencabulan).

Permainan bola keranjang bermula sejak tahun 1892. Permainan ini dicipta oleh Dr. James Naismith yang merupakan seorang jurulatih di sekolah latihan YMCA dan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Kolej Springfield (dahulu dikenali sebagai sekolah untuk pekerja Kristian). Mss. Luther H. Gulick, ketua bidang sukan sekolah tersebut telah memberi Naismith tugas untuk mencipta satu permaianan berpasukan yang boleh dimainkan semasa musim sejuk. Oleh itu, permainan ini harus dimainkan dalam gelanggang sesebuah bangunan.

Untuk permainan baru ini, James Naismith menggunakan bola yang digunakan untuk permainan bola sepak. Ini disebabkan oleh saiz bola tersebut yang cukup besar dan mudah untuk ditangkap. Naismith meminta pegawai penyelenggara bangunan sekolah tersebut untuk menyediakan dua kotak besar sebagai goal. Namun begitu, pegawai tersebut tidak mempunyai dua buah kotak seperti yang diminta oleh Naismith. Justeru, Naismith telah menggunakan dua buah bakul untuk permaianan ini. Kedua-dua bakul tersebut dipasang pada balkoni gimnasium kira-kira 10 kaki dari aras tanah. Permainan bola keranjang pertama yang tercatat berlangsung antara pelajar-pelajar Naismith dalam kelas beliau pada Disember 1891. Naismith telah menamakan permaianan ciptaannya basket ball.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Filem 2012

2012 ialah sebuah filem Amerika Syarikat bergenre cereka sains arahan Roland Emmerich. Filem ini dilakonkan oleh John Cusack, Amanda Peet, Danny Glover, Thandie Newton, Oliver Platt, Chiwetel Ejiofor, Woody Harrelson dan George Segal. Filem ini akan diedarkan oleh Columbia Pictures. Penggambaran bermula pada Ogos 2008 di Vancouver; filem ini dijangka akan ditayangkan ke seluruh dunia pada 13 November 2009.

PLOT
Berlaku bencana seluruh dunia yang menuju kepada hujung dunia dan mempunyai orang yang mungkin terselamat berusaha sedaya upaya untuk meneruskan kehidupan mereka. filem itu mendapat inspirasi oleh beberapa hipotesis menyatakan yang bahawa kaum mayans purba meramalkan peristiwa kiamat akan berlaku di sekeliling musim sejuk solstis 2012.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS