Sejarah Bandaraya Shah Alam
Bandar raya Shah Alam merupakan ibu negeri Selangor Darul Ehsan. Bandar raya ini terletak di antara Klang dan Petaling Jaya, kira-kira 25 km di barat bandar raya Kuala Lumpur. Jumlah penduduk Shah Alam sehingga Julai 2006 adalah seramai 584 360 orang. Bunga rasminya ialah bunga Anggerik 'Renantanda Shah Alam' dan burung rasminya ialah burung undan. Bandar raya ini juga digelar 'Bandar Raya Anggerik'.Shah Alam pada suatu ketika dahulu adalah sebuah ladang kelapa sawit dan dikenali sebagai Sungai Renggam. Sungai Renggam mula berkembang apabila British telah membina laluan keretapi dari Port Swettenham (Pelabuhan Klang) ke Bukit Kuda di Klang dan menghubungkannya dengan Kuala Lumpur pada tahun 1886.
Kedudukan Sungai Renggam adalah strategik kerana terletak di antara Port Swettenham, Klang dan Kuala Lumpur dan lokasinya yang berhampiran dengan laluan-laluan utama seperti Lebuhraya Persekutuan dan Jalan Klang Lama. Pembangunannya dilakukan di atas nasihat V. Antolic, Penasihat Perancangan Bandar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Shah Alam dibuka pada tahun 1963 untuk dijadikan pusat pentadbiran Selangor setelah Kuala Lumpur, ibu negeri Selangor pada ketika itu dijadikan Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974. Kebanyakan jabatan-jabatan kerajaan negeri Selangor yang berpusat di Kuala Lumpur berpindah ke Shah Alam. Pada 7 Disember 1978, atas perkenan DYMM Sultan Selangor ketika itu iaitu Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj. Shah Alam diisytiharkan sebagai ibu negeri Selangor yang baharu. Nama 'Shah Alam' sendiri dipilih di atas perkenan baginda.
Shah Alam diletakkan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Shah Alam. Keluasan Shah Alam pada ketika itu adalah 41.69 km persegi. Pada 1 Januari 1997, Shah Alam diperluaskan kepada 290.3 km persegi (Pelan Warta 197).
Ibu negeri Selangor, negeri termaju di Malaysia ini mendapat kenaikan taraf bandar raya pada 10 Oktober 2000. Pengisytiharan ini menjadikan Shah Alam sebagai bandar raya ke-7 di Malaysia. Majlis Perbandaran Shah Alam telah ditukarkan dengan Majlis Bandaraya Shah Alam. Datuk Bandar Shah Alam yang pertama ialah Y.Bhg Dato' Haji Abu Sujak Mahmud.
[sunting] Pengangkutan







June 20, 2021 at 7:34 PM
niceeee